BEIRUT: Kumpulan pejuang Hezbollah Lubnan tegaskan, serangan rentas sempadan terhadap Israel hanya akan berakhir apabila pencerobohan Zionis di Gaza tamat.
Pemimpin kumpulan pejuang itu, Hassan Nasrallah berkata, setakat ini sebarang usaha untuk menghentikan permusuhan di sepanjang sempadan Lubnan hanya menguntungkan Israel.
Hassan Nasrallah juga berkata, kumpulannya hanya akan menghentikan pertempuran jika gencatan senjata penuh dicapai untuk Gaza.
"Kami berjuang di selatan Lubnan) dengan mata kami di Gaza. Apabila pencerobohan berhenti terhadap Gaza dan apabila penembakan berhenti di Gaza, kami akan menghentikan penembakan di selatan.
"Menteri Israel pernah berkata tidak akan menghentikan serangan di Gaza, jika berhenti, mereka menyerang selatan Lubnan.
"Ia tidak menjadi masalah. Jika Israel terus menyerang di selatan Lubnan, juga kami akan membalas di selatan," tegasnya.
Serangan rentas sempadan di Lubnan telah membunuh kira-kira 200 orang di Lubnan, termasuk lebih 170 pejuang Hezbollah serta 10 tentera Israel dan lima orang awam Israel.
Ia juga telah memaksa pemindahan puluhan ribu orang.
Hezbollah yang disokong Iran telah menyerang tentera Israel merentasi sempadan selatan Lubnan bagi menyokong sekutunya kumpulan pejuang Hamas di Palestin sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Astro Awani
Wed Feb 14 2024
Hassan Nasrallah berkata, kumpulannya hanya akan menghentikan pertempuran jika gencatan senjata penuh dicapai untuk Gaza. - Foto fail/REUTERS
AWANI Borneo [20/05/2024] – Spesis terancam | Cabaran hidrgoen | Pesta Kaamatan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
Faisal Halim mungkin 'discharge' lebih awal
Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap empat mungkin dibenarkan keluar dari hospitallebih awal iaitu dijangka pada minggu ini.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar
Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Israel dan Amerika Syarikat ada perancangan untuk meletakkan Gaza dibawah pentadbiran badan antarabangsa pasca perang. Jelasnya, perancangan ini adalah berbahaya dan akan menggadaikan perjuangan kemerdekaan Palestin yang diusahakan selama ini.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Hezbollah bertegas teruskan serangan ke Israel demi Gaza
Hassan Nasrallah berkata, setakat ini sebarang usaha untuk menghentikan permusuhan di sepanjang sempadan Lubnan hanya menguntungkan Israel.
Kematian al-Arouri: PBB gesa semua pihak tidak buat tindakan terburu-buru
Ini reaksi Setiausaha Agung PBB, Florencia Soto Nino kepada kenyataan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Tentera Israel lancar serangan tindak balas ke atas Hezbollah
IDF umum lancar serangan artileri sebagai tindak balas terhadap peluru berpandu yang ditembak di utara Israel.
“Jangan buat kesilapan dan mulakan perang” - Amaran Israel kepada Lubnan
Israel beri amaran Beirut akan jadi seperti Gaza kalau Hezbollah 'buat hal.'
Serangan Hezbollah ke atas Israel merupakan ‘sokongan tambahan’
Hezbollah sedang berusaha takluk Israel dengan senjata dan persiapan yang rapi.
Baitumaqdis: Hezbollah anjur bantahan terbesar di Beirut
Puluhan ribu rakyat Lubnan menyertai perhimpunan protes yang dianjurkan Hizbullah di selatan Beirut untuk mengutuk penisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Donald Trump.